Peraduan bermula pada 1 November dan berakhir pada 31 Disember 2022.
Tarikh terakhir/tutup peraduan adalah muktamad. Penganjur berhak untuk tidak menerima penyertaan selepas tarikh berkenaan.
Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan selagi ia lengkap dan mematuhi syarat- syarat peraduan tetapi hanya satu penyertaan yang paling tepat sahaja yang diterima.
Pemenang akan diumumkan secara langsung di Facebook Sinar Harian dengan menggunakan kaedah cabutan.
Pemberitahuan pemenang: Pemenang akan diumumkan melalui pengumuman pada 17hb Jan 2023.
Penganjur tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kelewatan atau kegagalan menerima notifikasi atas apa-apa sebab, kesulitan teknikal yang berkaitan dengannya atau kegagalan peserta memberikan butiran diri setelah diumumkan sebagai pemenang.
Sebarang keputusan daripada pihak juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.